Friday, June 22, 2012

Friday...



Rasanya baru semalam melalui hari isnin.. Hari ni dah berada dalam penghulu segala hari bagi orang muslim.. Cepatnya masa berlalu... Semakin berdebar-debar pula rasanya...

Apabila berada di penghulu segala hari ni, mulalah fikiran berpinar-pinar memikirkan apa yang ingin dilakukan hujung minggu nanti.. Pasti bahagia hujung minggu kita nanti terutama sekali pada yang telah berkeluarga... Bagi yang bujang2 ni sila-silalah pulang ke kampung jenguk orang tua kalian... Selagi kesempatan itu masih ada...

Namun dek kegembiraan meniti hujung minggu ni... Fikiranku berlegar-legar terhadap tanggung jawab yang sudah tergalas di bahu ku ini... Sudahkah aku buat semua tanggungjawab itu... Kalau belum, tanggungjawab mana yang belum... Arghhhh... Kalau nak disenaraikan rasanya tidak mencukupi ruang untuk ditaip disini... Cukuplah sekadar ku senaraikan dalam kertas putih sebagai senarai yang perlu ku lakukan minggu hadapan...

Teringat kata sahabat tadi "Tak kisahlah bagaimana kita memulakan sesuatu, tapi buatlah yang terbaik bila tiba penamatnya nanti..." K Salam jumaat semua dan selamat berbahagia dalam menikmati hujung minggu kalian.....

11 comments:

  1. boleh tak nak tanya incik khai..bila nak kahwin nie... ke dah kahwin..? hehehe

    ReplyDelete
  2. Berdebar tunggu hari ya..
    Tu yg masa rasa berjalan pntas.

    ReplyDelete
  3. semoga segalanya dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  4. semoga semuo nyer berjalan dgn lancar bro...amin...

    ReplyDelete
  5. bila tarikhnya?
    semoga semuanya berjalan dgn lancar

    ReplyDelete
  6. semoga dipermudahkan! insyaALLAH

    ReplyDelete
  7. hari jumaat mestilah hari yg d tnggu2.nk rehat2 d hari weekend.

    ReplyDelete
  8. soalan aku sama dgn komen 1st tu..


    bila tarikhnya..?

    ReplyDelete
  9. wahhh rmai y dah tnye ni..xlama lagi la kan..heheehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Buat Mereka

Get this commentators widget

Google+ Followers