Tuesday, April 19, 2011

Kisah Seram: Bercakap Dengan Pocong

Pada satu hari, ketika itu di waktu malam yang sungguh hening.. Seorang jejaka sedang menolong emaknya mencuci pinggan di dapur. Sinki di rumahnya terletak berhampiran dengan pintu belakang dan berhadapan dengan tingkap.  Dari sudut tingkap itu ternampaklah cahaya yang samar-samar hasil pancaran lampu neon rumah sebelah. Suasana ketika itu memang dirasakan dapat membangkitkan bulu roma.. Dia pun tidak tahu kenapa dia rajin sangat untuk mencuci pinggan ketika itu.. Dilihatnya pula pinggan yang dicucinya tidak habis, malahan makin bertambah-tambah pula. Tapi dia tak perasan siapa yang menambah pinggan-pinggan itu... 

Segala persoalan dia abaikan begitu sahaja.. Dia terus mencuci pinggan sambil mendendangkan lagu Drama King oleh Meet Uncle Hussin ft Black. Sedang dia berdendang, tiba-tiba pintu belakang rumahnya di ketuk.. Ketukan itu langsung tidak diendahkan olehnya. Ketukan pintu masih terus berlangsung dengan berselang seli.. Lama kelamaan dia mengambil keputusan untuk membuka pintu walaupun jauh dalam lubuk hati sanubarinya mengatakan jangan dibuka pintu itu.. 

Hanya beberapa langkah sahaja yang diambil olehnya untuk menuju ke arah pintu itu. Dia terus memulas tombol pintu  dan pintu itu dikuak seluas-luasnya. Maka terlihatlah di depan matanya  susuk tubuh yang memakai baju seragam putih lusuh berikat-ikat, wajahnya pula hitam tidak jelas.


Dia tergamam melihat susuk tubuh itu. Lalu terpancullah kata-kata dari mulutnya..

Dia: Mahu apa kau ke sini..
Pocong: Aku ke sini ada tujuan. Tujuan aku adalah untuk bertemu dengan engkau. Tuan aku dah mati 10 tahun lepas. Sekarang ni aku tidak bertuan, aku kesini untuk memohon kau menjadi tuan aku.. Tolonglah jadi tuan aku.. Aku merayu...

Dia tidak mahu menjadi tuan kepada pocong itu. Namun keengganannya langsung tidak diendahkan oleh pocong itu. Pocong itu terus merayu, dan terus merayu..

Dia:  Aku tak sudi menjadi tuan kau.. Baik kau pergi dari sini. kembalilah ke tempat asal kau. pergi pergi
Pocong: Tolonglah jadi tuan aku.. Aku merayu...

Lantas dia terus membaca ayat kursi. Dibaca dengan sepenuh hati yang bertujuan untuk menghalau pocong itu. Sedang dia membaca kalimah allah itu. Terasa badannya seperti digoncang-goncang. Rupanya Ibunya yang menggerakkan badannya kerana dia tidur meracau-racau.. Kata ibunya "dah setengah jam mak cuba kejutkan kamu. Tapi kamu tak terjaga juga.. kamu mimpi apa ni.." "Tak ada apa mak, cerita esok je la" katanya sambil mengucap.

Sebenarnya entri ini adalah olahan dari mimpi yang aku alami beberapa bulan yang lalu. Ketika itu aku bercuti di kampung. Aku terjaga dari mimpi itu sebelum pukul 3 pagi.. Keesokannya aku bertanya dengan mak apakah petanda mimpi yang aku alami ini.. Boleh pula pocong datang rumah mintak aku jadi tuannya. Gila apa.. Tapi mak kata itu semua mainan tidur.. Harap jangan ada apa-apa la.. 

Sempat juga aku bertanya dengan atuk, katanya mimpi itu betul-betul punya. Pocong tu memang tak bertuan dan sedang berkeliaran mencari tuan baru. Nasib baik aku tak nak jadi tuan dia dalam mimpi tu.. kalau tak masak aku...

**************

Meremang bulu roma semasa menaip entri ni



26 comments:

  1. biar betol ckp dengan pocong..meremang bulu roma ni ha

    ReplyDelete
  2. bila mak khai ckap cenggitu, yati dah tarik nafas lega. sekali atok khai cakap lain daaa.. meremang balik bulu roma den. wuhuu.

    nasib baik baca entri ni siang. huu

    ReplyDelete
  3. khai,bukan ke hantu raya,toyol je spesies2 hantu yg perlukan tuan. pocong nak tuan jugak ke?

    ReplyDelete
  4. khai! seram siot!

    bleh plak tanye gitu.

    Miss Dill^^

    ReplyDelete
  5. huyoooooooooo... hebat giler abg kite nih mimpi bercakap dgn pocong, aku selalu mimpi cakap dgn artis je, heheeeee

    ReplyDelete
  6. perhhh..sgt menakutkan....jgn khai tibe2 terima jd tuan sudah...hehehe

    ReplyDelete
  7. ye...seram bila atuk cakap betul tu...nasib naik tak terima kan...haihh seram jugak

    ReplyDelete
  8. fuyoo . situasi dah same ngan tempat cuci pinggan rumah aku ..

    tanak aku cuci pinggan memalam lg .
    haha :D

    naseb baek mimpi je ;)

    ReplyDelete
  9. haha..sib baik mimpi...tp gambar tu menyeramkan la..huhu

    ReplyDelete
  10. beberapa minit jaaa lg nk kol 12 mlm
    tp nk tergelak plak bc entry nih.....
    bdw...hope tu mimpi je.usah d fikirkn sgt.sgala yg blaku hnya dgn izin Allah.insyallah

    ReplyDelete
  11. aku pun sedang mencari tuan...



    dari....





    toyol yang comel...

    ReplyDelete
  12. ko tdo tak basuh kaki kot...he he he... bahaya gak mimpi macam tu... pocong pulak yang minta jadi tuan...suspen wo khai... kalau aku tak tau lah... tilam basah kot...he he he... bukan terkucil ye...basah peluh...he he he

    ReplyDelete
  13. hang anta skrip nie ke david teo..konfem jd film..silap aribulan hang lah heronya huhuhuhuhhh

    ReplyDelete
  14. Kenapa aku rasa macam tak seram arr...mungkin cara pengolahan cerita ko yang jadikan cerita ni bila aku baca rasa nak tersengeh je...hehhehe

    ReplyDelete
  15. @Fadzli Amir

    Hehe.. Tak berbakat tulis cerita seram barang kali..

    ReplyDelete
  16. "masak...masak...tak nak komen pasal pocong tu tapi..nak komen pasal laki yang rajin membasuh pinggan mangkuk tu...rajin kan dia...leh buat menantu ni..hahaha.."

    ReplyDelete
  17. khai...mina dah tanya....saka tu...
    ada org yg dekat dgn khai nak meninggal...so saka tu cari pengganti...

    takpun ada org nak santau...maybe cemburu...


    hati2 okeeii...

    ReplyDelete
  18. seramnya...

    kalau laa ko kata ok.. camne laa kan??

    ReplyDelete
  19. salam Khaifaiz, sesekali mimpi yg best2 boleh jgk buat entri..hahaha.

    ReplyDelete

Terima Kasih Buat Mereka

Get this commentators widget

Google+ Followers